Kenapa Perlu Detox Dahulu Dengan Alfalfa Sebelum Sembuhkan Penyakit

Salam ceria semua, ^_^

Biasa dengarkan detox ni, mudah sahaja kan, minum air banyak dan bersenam pun dah boleh detox.  Kalau tidakpun, yang suka manjakan diri, ke sauna la jawabnya kan... tak kurang juga yang detox dengan patch atau vitamin.  Tak kisahlah apa cara pun...  janji kena detox dan yang penting sekali... pastikan detox dengan cara sihat ok.

Apa yang saya nak kongsikan hari ini adalah, isu kepentingan detox sebelum kita ambil langkah untuk penyembuhan penyakit.  Berkait tau tuan/puan, dua perkara ini.

Badan kita ini, ada satu prinsip iaitu satu mencipta simptom.  Prinsip kedua untuk penyembuhan secara semulajadi bagi penyakit ringan seperti demam, selsema, inflamasi, gangguan penghadaman dan masalah kulit adalah tidak lebih dan tidak kurang daripada keupayaan badan untuk pastikan sistem perkumuhan kita lancar.  Seperti umum kita ketahui, perut adalah rumah segala penyakit.  Maksud perut di situ, adalah usus iaitu tempat pencernaan utama.  Dengan detox, kita akan membuang sisa-sisa toksik dan lain-lain yang tidak diperlukan tubuh, malah jika tidak detox boleh menjadi racun sekiranya dibiarkan terus menghuni perut kita.  woohoooo.... Ini tidak boleh dibiarkan.  Betul tak?

Jadi perkaitan dua perkara antara detox dan penyembuhan penyakit adalah:

http://pesonaasli.blogspot.com

Jadi, pilihlah cara detoks semulajadi untuk kesihatan kita yang berpanjangan. Ingat tak, tentang satu perkongsian saya dengan rakan-rakan berkenaan tubuh badan yang bebas dadah?  Yang penting stay tune atau subscribe je newsletter dari saya sebab saya memang suka berkongsi apa sahaja info kesihatan.

Detoxlah sekurang-kurangnya 2 minggu dan lihat hasilnya.  Detox dengan Alfalfa Shaklee memang berkesan tanpa kesan sampingan yang buruk.  Saya dah dapat banyak manfaat dari khasiat Shaklee yang ternyata memberangsangkan.  Anda bagaimana?

Info lanjut tentang khasiat alfalfa --> Tengok sini ye.  Sini!!!


Hubungi kami segera! Perkhidmatan kami sentiasa 24 jam sehari, 7 hari seminggu! 0162972050 / suteracitra@gmail.com / fb page: Pesona Asli Shaklee Online atau isi borang ini: http://vitaminibumenyusu.blogspot.com/p/tempahan.html

Tips diet mudah pesakit jaundis/penyakit hati

Salam sejahtera,

Jaundis nampak ringan, tapi jaundis juga merbahaya.  Jaundis ringan boleh disembuhkan dengan terapi diet dan sedikit senaman. Jaundis juga menyerang orang dewasa. Pesakit biasanya perlu berehat sehingga simptom akut beransur hilang.

Cara awal yang boleh meredakannya adalah mudah.  Jus lemon, anggur, pear, lobak merah, ubi bit dan tebu boleh membantu. Prosedur enema (memasukkan cecair ke dalam kolon atau dubur) hendaklah dilakukan setiap hari semasa minggu pertama berpuasa makan untuk memastikan penyingkiran normal pada usus.  Jadi kuranglah penyerapan bahan beracun ke dalam aliran darah seterusnya ke hati. Pada ketika ini pesakit digalakkan berpuasa makan, sebaliknya hanya mengambil jus buah-buahan sahaja.

Pengambilan jus buah-buahan ini boleh dihentikan selepas simptom mereda dan seterusnya diet berikut disarankan:

  • Bangun dari tidur:  minum air suam yang diperah 2 sudu teh limau nipis
  • Sarapan:  Jus segar epal, betik, anggur, beri atau mangga.  Segar sahaja ye. Satu cawan gandum atau satu keping roti gandum dengan sedikit mentega.
  • Minum pagi:  Jus oren
  • Makan tengahari:  2 keping kecil capati di buat drpg tepung gandum penuh, semangkuk sup sayur, sayur daun hijau kukus seperti sawi serta segelas susu mentega.
  • Minum petang:  Jus oren atau air kelapa yang dicampur secubit garam (bagi membuang bisa).
  • Makan malam:  Seperti makan tengahari atau pilihan sayur adalah kentang bakar serta segelas susu (boleh juga dicampur madu)

Sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minggu, elakkan makanan berlemak/berminyak.  Dan seterusnya selepas itu, makan-makanan ini hendaklah di ambil dengan kuantiti plg minimum.  Juga pastikan elakkan daripada memakan makanan yang sukar/lambat dicerna oleh usus.

http://pesonaasli.blogspot.com

Demikianlah tips mudah pemakanan orang berpenyakit hati mahupun jaundis.  Semoga kekal sihat dan ceria.  Tips tambahan:  Boleh masukkan dua produk ini untuk kesan yang lebih memberangsangkan.

Whatsapp:  0162972050

posted from Bloggeroid

3 Sebab Utama Pilih Shaklee

KENAPA SHAKLEE?

Mungkin anda tertanya2 kenapa kami begitu mencintai vitamin Shaklee. Bukankah banyak vitamin lain yang lebih mudah didapati di farmasi, bukan? OK di sini saya nak kongsi beberapa fakta

1- Shaklee dibuat dari bahan2 semulajadi. kalau anda tgk pada labelnya ada banyak nama2 kimia yang kita tak faham, tp ia adalah plant-derived, atau diperbuat daripada tumbuhan. Malah alcohol, glycerin dalam Shaklee adalah plant based.

2- Shaklee menjalani Ujian Klinikal, yang mana TIDAK ADA RULES untuk produk nutraseutikal untuk dibuat ujian klinikal. Tetapi demi memastikan ia benar2 berkesan, Shaklee menjalankannya.

3- peer/idendent study & published journal. Dr Bruce Miller satu ketika pernah menghantar email kepada company2 lain yang juga mengeluarkan vitamin & minta terbitkan journal/study mereka... sayangnya.. TAKDE, kecuali Shaklee.

Jadi yakinilah dengan pilihan anda.

Credit: mommy lyna

Psst... Saya sendiri dulu pemakan vitamin farmasi yg mn ianya sintetik. Sejak beberapa tahun dahulu, tidak lagi kerana saya dah tau kebaikan dan keberkesanannya Shaklee. Iskh bila ingat balik dulu saya seriau sebab dah berikan tubuh saya bahan sintetik kimia yang bertentangan dengan tubuh badan sendiri. Nak cuba segera? Hubungi saya di 0162972050. Juga boleh emel atau whatsapp ye.

posted from Bloggeroid

Apa dia Collagen Bebas Kimia & Bebas Dadah?


Salam sayang buat semua.

Umum mengatakan bahawa Kolagen adalah satu sumber penting dalam kesihatan dan keanjalan kulit.  Tapi tahukan kita sebenarnya terlalu banyak fungsi kolagen semulajadi dalam sistem tubuh badan kita? Antaranya, kulit dan sel sendi.  Ada baca ini tak? http://vitaminibumenyusu.blogspot.com/2011/10/siapa-kata-tak-perlu-suplemen.html   Jika dilihat pada rajah struktur sel tubuh itu, ruang antara sel-sel itulah letaknya kolagen semulajadi tubuh kita. Jadi kolagen ini memang penting untuk perlindungan sel-sel tubuh secara keseluruhannya. 

Malah kegunaan kolagen dalam badan kita merangkumi peratusan ini: 



Ini pula lakaran mudah melihat serangan radikal bebas ke atas sel tubuh kita:



Sudah tentu kolagen semulajadi paling sesuai dengan tubuh kita yang semulajadi. Ini tidak harus dipandang remeh. Tubuh kita asli semulajadi dan sudah tentu pengisiannya turut yang semulajadi. Takkan pula kita nak sumbatkan sel-sel kita dengan kolagen sintetik dari makmal? Ibarat sayuran juga tuan/puan. Yang organik itu lebih bernilai khasiatnya berbanding yang disembur racun perosak bukan?

Dengan erti kata mudah (owh… saya tak suka merumitkan perkara yang boleh dipermudahkan) kolagen ini penting untuk tubuh kita terutamanya kulit kerana 40% kolagen adalah didalam kulit. Jaga kualiti sel tubuh, sel tubuh terhindar dari serangan radikal bebas. Kulit sihat beerti cantik, sendi sihat beerti tak adalah sakit-sakit sendi.  Mungkin pada usia kita yang muda, kita akan berkata.. alah muda lagi, aku tak perlu ini semua.. Pada usia kita yang matang pula… iskh… dah terlewat nak makan benda-benda ini semua.

Perhatian!!! Tiada istilah lewat! Begitu juga dengan Collagen Powder Shaklee, tidak terlewat. Mungkin ada yang beranggapan, alah.. produk lain dah lama dah keluar kolagen ni.. Ni apahal lambat sangat keluar kolagen Shaklee ni? Ha3.. Itu pandangan kasar je tuan/puan.  Cuba lihat lebih jauh malah lebih halus lagi.  Ya! Memang terlewat dari segi masa tapi tidak terlewat dari segi kualiti. Kenapa lewat berbanding jenama lain? Kerana:

  1. Kajian terperinci
  2. Kajian klinikal
  3. Kajian keberkesanan
  4. Kajian sumber bahan semulajadi terbaik
  5. Kajian kesan sampingan

Tahukah anda kolagen terbaik adalah dari sisik ikan? 
Maka kerana ujian-ujian di atas, maka pengeluaran Serbuk Kolagen Shaklee ini diberi perhatian penuh..  Better late than sorry kan? Produk anda? Sudahkan anda semak kandungan dan kajian yang dibuat?

Untuk pengetahuan anda, Collagen Powder Shaklee dibuat daripada 
Sisik Ikan Merah bagi menyokong elastik dan keanjalan kulit.  Boleh dibancuh begitu sahaja atau tambahkan perisa kegemaran anda.


Jangan tunggu lagi! Hubungi kami di: 016-2972050/016-2973907 suteracitra@gmail.com Pesona Asli Shaklee Online (fb page) Citra Sutera (fb) Annajaah (Twitter)

Feel Free To Contact PASO

Salam semua

Cuma nak war-warkan PASO kini boleh dihubungi melalui whatsapp. Jgn malu-malu ye. Citra sutera annajaah 0162972050.

posted from Bloggeroid

ASMA: MAGNESIUM MENGURANGKAN RISIKO


Salam hormat semua pembaca sekalian.  

Kalau kita perhatikan, penyakit asma ini sudah biasa didengari.  Mereka yang disekeliling kita jua ada yang turut menghidapi, atau lebih menyedihkan lagi, kita sendiri menghidapinya.  Penyakit ini mengancam tak kira usia, seperti mana penyakit-penyakit lain jua.  Apa yang dirasakan oleh penghidap asma (seperti yang dikongsikan dengan saya), adalah kesukaran bernafas sehingga mengundang kepada maut.  Paru-paru berhenti mengambil oksigen seketika untuk beberapa minit sebelum rawatan atau pengambilan oksigen dibuat.  Nauzu BILLAH. 

Tapi, tidak mengapalah.  Usahlah terlalu gusar apabila menghidapinya.  Apa pun jua, redha dan bertenang.  Tenang jua, bukanlah membiarkan terus diri atau mereka yang disayangi terus menghidapinya.  Wajib dalam tuntutan agama kita untuk kita dapatkan rawatan atau cegah sebelum kena.  Bagaimana nak mencegah?  Ramai orang-orang tua menekankan, jaga pemakanan.  Malah salah satu hadis RasulULLAH, jua turut menyebut – perut merupakan punca penyakit.  Ini beerti kita hendaklah menjaga makan & minum, kerana dari makan & minumlah menjadi darah daging kita.  WALLAHu ‘alam.

Tahukah kita?  Peranan magnesium dalam kehidupan seharian?  
  • Magnesium adalah kofaktor dalam lebih 300 tindakbalas enzim di dalam badan.  Ianya perlu untuk penghantaran impuls saraf, aktiviti otot, peraturan suhu, reaksi penyahtoksikan, dan untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat.   
  • Malah ia terlibat dalam pengeluaran tenaga dan sintesis DNA (Asid deoksiribonukleik)dan RNA (ribonuklek asid).  
  • Pengambilan magnesium membantu aktiviti sel, terutama dalam tisu jantung, saraf dan buah pinggang. 
  • Ia juga mempengaruhi banyak aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pelbagai jenis ubat-ubatan jantung. Sebagai contoh, magnesium menghalang pengagregatan platlet, menipis darah, menyekat pengambilan kalsium (seperti ubat menyekat saluran kalsium), dan melegakan saluran darah (seperti perencat ACE).  
  • Magnesium juga meningkatkan pengoksigenan otot jantung dengan meningkatkan fungsi jantung.

Jadi, dengan erti kata lain, magnesium diperlukan oleh tubuh badan untuk membantu penghidap asma meringankan kesan penyakit ini.  Walaubagaimanapun Asma yang teruk boleh menjadi sukar untuk dirawat walaupun dengan penggunaan beberapa ubat-ubatan. 

Semasa krisis asma yang teruk, Magnesium sulfat intravena digunakan, tetapi penggunaan sedutan menjadi kontroversi. Satu kajian baru-baru ini cuba untuk menilai sama ada sedutan magnesium sulfat boleh meningkatkan fungsi paru-paru, oksigen tahap tepu dan mengurangkan kemasukan ke hospital sebagai terapi untuk rawatan standard semasa krisis asma yang teruk.  

“Kajian ke atas 60 pesakit asma lebih 18 tahun dengan krisis asma dan FEV1 (Forced Expiratory Volume dalam 1 saat aliran udara paru-paru). Para pesakit telah diberi 125mg IV methylprednisolone yang diikuti oleh nebulization dengan gabungan albuterol (7.5mg) dan ipratropium bromide (1.5mg) dicairkan dalam 3ml isotonik masin (sebagai plasebo) atau 3ml (333mg) magnesium sulfat.  Pesakit-pesakit kemudian menunggu 90 minit dan jika FEV1 atau, SpO2 (pengukuran oksigen yang dibawa oleh sel darah merah) atau gejala berterusan, mereka telah dimasukkan ke jabatan kecemasan.  Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa menambah sedutan magnesium sulfat untuk rawatan standard semasa krisis asma yang teruk menambah baik FEV1 dan SpO2 dan mengurangkan kadar kemasukan ke hospital.” - Gallegos-Solorzano MC, Perez-Padilla R, Hernandez-Zenteno RJ. Usefulness of inhaled magnesium sulfate in the coadjuvant management of severe asthma crisis in an emergency department. Pulm Pharmacol Ther. Apr2010.

Dari konteks rawatan tradisional, madu lebah asli boleh dicuba untuk merawat asma.  Malah banyak lagi alternatif lain.  Maklumat lanjut untuk rawatan boleh dapatkan maklumat dari En. Saleh di 0162973907.    Hanya pastikan keaslian perawatan serta bahan yang digunakan.  Di PASO, kami mencadangkan:
  • Omegaguard (terbaik, sebab boleh mehangatkan dada/paru-paru)
  • Alfalfa
  • Vitamin C, B & E
  • Ostematrix (kalsium + magnesium + vitamin D)
  • Mealshake (serbuk)
  • atau boleh juga dapatkan Set G (set ini turut mengandungi magnesium) khusus untuk Asma/Resdung/Sinus/Alahan dengan hanya serendah RM80.  

Sekian, itu sahaja.  Pilih Go Green, Go Natural, Say No to Drug!!!  Hubungi saya - 0162972050 atau emel suteracitra@gmail.com

Vitamin E Shaklee, Vitamin Cinta?

Salam semua,

Tahukah anda, Vitamin E juga dikenali sebagai Vitamin Cinta?  Ha3x.. Mesti kamu buat muka kan?  Mengerutkan dahi dan sebagainya.  Tapi itulah jolokan nama lain vitamin e ini.  Kenapa?
  1. kerana ianya bagus untuk kesihatan jantung?
  2. kerana ianya bagus untuk kesihatan prostat?
  3. kerana ianya bagus untuk meningkatkan kesihatan lelaki?
  4. kerana ianya membantu meningkatkan kesuburan?
  5. kerana ianya mencantikkan kulit?
  6. kerana ianya meningkatkan imuniti badan terutama bagi golongan berumur?
  7. kerana ianya melambatkan proses penuaan?
  8. kerana ianya membantu menghilangkan parut dan jeragat?
  9. kerana ianya membantu mengecutkan pertumbuhan sel yang abnormal yang boleh menjurus kepada sel kanser?
  10. kerana ianya membantu memperelokkan pengaliran darah?
  11. kerana ianya membantu mengatasi 'kedinginan' bagi ibu-ibu yang menyusu kerana tubuh badan menghasilkan lebih banyak prolaktin berbanding estrogen?
  12. kerana ianya membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka (tak kira luka luaran mahupun dalaman)
  13. kerana ia mengurangkan kesan hitam di areola ibu-ibu yang telah melahirkan anak?
  14. kerana ia membantu melegakan simptom PMS (premenstrual) yang teruk?
Banyak kan khasiatnya?  Ini pun belum disenaraikan keseluruhannya.  Jadi terpulanglah kepada kita sendiri untuk mentafsirkan kenapa agaknya jolokon Vitamin Cinta diberikan kepada Vitamin E.  

Yang disenaraikan di atas adalah antara kebaikan vitamin e semulajadi.  Saya pasti menyarankan kepada anda untuk mengambil Vitamin E Shaklee yang semulajadi dengan IU400 sumber semulajadi vit e.  Malah setiap kapsul Vitamin E Shaklee juga disertakan dengan serenium sebanyak 65 mcg serta 38mg ekstrak biji anggur (yang mana mengandungi kompaun antioksida yang lebih tinggi berbanding vit e & vit c).  Jadi jangan tunggu lagi.  Bulan Jun adalah Bulan Vitamin E di PASO.  Harga terendah di pasaran.  Tawaran terhad selagi stok masih ada.

Hubungi kami segera!!! 0162972050, suteracitra@gmail.com, FB Pesona Asli Shaklee Online.

Susu Kuda Liar Asli Terbukti Rawat Pelbagai Sakit Kronik/Kanser/Ketagihan/Denggi

Assalamu 'alaikum,

Salam ceria buat semua.  Semoga kita sentiasa dalam Lindungan Yang Maha Esa.

Pernah dengar tak mengenai Susu Kuda Liar.  Opsss.. wooohoooo, ini bukan pil kuda yer... ini susu kuda liar. Terbaik.  Kenapa saya kata terbaik?  Sebab saya dan keluarga dah amalkan semenjak 9 tahun yang lalu.. Hu2.. lama kan?  (Syyyy... ini antara rahsia resepi kehidupan kami sekeluarga yang jarang-jarang saya kongsikan, kecuali dengan orang terdekat atau mereka yang benar-benar memerlukannya.)

Okay, Susu Kuda Liar di pasaran tidak banyak.  Memang ada, tapi agak susah untuk didapati.  Saya sendiri menerima maklumbalas dari pelanggan mengatakan susah nak cari SKL ini.  Kalau ada pun bukan Susu Kuda Liar Asli.  (Beza ok, yang asli dan yang tak asli).  Tak asli ini, bukan beerti palsu atau tiruan, cuma yang membezakan adalah ada tiga jenis SKL:
  1. Susu Kuda Liar di pasaran biasa 100% - memang 100% susu kuda liar tetapi yang diternak di ladang;
  2. Susu Kuda Liar di pasaran biasa bukan 100% - susu kuda liar ini telah ditambah dengan bahan-bahan lain atau diperkaya dengan vitamin dari bahan2 yang boleh didapati baik dari sumber sintetik, organik atau semulajadi.
  3. Susu Kuda Liar di Pesona Asli - 100% asli hanya susu kuda liar semata-mata yang terdiri dari dua jenis iaitu cecair dan kapsul (kapsul ini disediakan dari jenis cecair 100% susu kuda liar yang menjalani proses spray dry dan dimasukkan ke dalam kapsul jernih.)

Itulah 3 jenis SKL yang ada di pasaran.  Untuk SKL jenis ke-3 ini, istimewanya:
  1. kerana kuda-kuda liar ini diternak secara bebas, dibiar lepas bebas di kepulauan Irian Jaya, Indonesia.  
  2. Walaubagaimanapun, pengusahanya adalah warga Malaysia Bumiputra.  
  3. Lokasi di pilih ini adalah kerana kawasan ini benar-benar segar, udara bersih, tiada pencemaran serta jauh dari pembangunan pesat.  
  4. Kawasan ini berbukit di mana kuda-kuda ini adalah dari jenis baka yang baik, baka yang sehat serta baka dari kuda tunggangan Rasulullah SAW.  
  5. SKL ini telah siap di tawa (dineutralkan oleh tradisi Tok Demang).

Pengalaman keluarga saya dengan SKL
  1. Saya pernah sakit teruk (menurut doktor ada simptom kanser darah).  Saya tidak rela mendapatkan rawatan hospital, di mana mereka juga tidak pasti akan penyakit saya ini.  Doktor Singh yang merawat saya pun cadangkan untuk mencari kaedah tradisional.  Syukur dengan Rahmat ALLAH, saya sembuh dengan bantuan Tradisi Tok Demang yang memperkenalkan SKL ini.
  2. Kurang tenaga atau mudah letih juga kami atasi dengan SKL ini.
  3. Suami pernah positif H1N1, sembuh dengan SKL juga.
  4. Anak-anak kena demam campak halus, seharian sahaja. (Selepas diberi SKL ini)
  5. Jika ahli keluarga demam, SKL la juga suplemen pilihan.
  6. Ibu yang menghidapi kanser payudara turut sembuh dengan bantuan Tradisi Tok Demang serta SKL ini.
  7. Bapa yang menghidapi darah tinggi jua sembuh dengan bantuan Tradisi Tok Demang serta SKL ini.

Pengalaman pengguna lain/rakan keluarga kami yang sembuh dengan Rahmat ALLAH serta usaha sendiri:
  1. Buasir 
  2. Batuk yang berpanjangan
  3. Ketagihan dadah
  4. Kanser Payudara (dengan jangka hayat diramalkan doktor, hanya tinggal 2-3 bulan sahaja)
  5. Jangkitan kuman di paru-paru.
  6. Kanser di kepala (darah memancut) turut sembuh sengan SKL setelah doktor juga tidak menemui jalan penyelesaiannya.
  7. Leukimia/Kanser Ovari - Klik sini
  8. Kanser Usus


Itulah antara pengalaman kami dengan SKL.  Syukur dengan Rahmat ALLAH.  Di Indonesia perawatan dengan SKL ini telah menular dek kerana keberkesanannya.  Oh ya, tambahan.. informasi penting, SKL ini amat sesuai merawati apa sahaja penyakit yang berkaitan dengan darah.  Apa sahaja.  Klik sini untuk kajian saintifik

Laporan Akhbar dll - Klik sini Klik sini

Pastikan anda mendapatkan yang asli sahaja.  Produk ini boleh di dapati dalam bentuk botol (60 biji) atau lerai - minimum 5 biji.

Boleh hubungi saya di talian 0162973907/0162972050 atau emel ke suteracitra@gmail.com atau PM FB Pesona Asli. https://www.facebook.com/PesonaAsli?sk=messages











ADAKAH UBAT GIGI ANDA BERGULA? NAFAS ANDA BERBAU?


Assalamu 'alaikum, semoga kita semua sentiasa dalam Rahmat ALLAH/TOHAN.

Topik kali ini topik tradisi.  Paling menarik tentang ubat gigi.  Eh, kenapa nak kasi ubat gigi pulak?  Gigi sakit ke?  Kedengaran skeptikal kan, tapi tidakkah ia benar?.  Hahaha, atas sebab itulah PASO membawakan kepada pembaca semua SERBUK GIGI TANPA GULA.

Iskh, mesti ada yang tertanya2 ubat gigi aku ni ada gula ke?  Macammana nak tahu ada gula ke tidak? Haish.... Jangan bimbang.  Eksperimen mudah yang sememangnya setiap hari kita buat.  Gosok gigi.malam atau pagi tu, perhatikan ada buih2 halus tak?  Ada? Hmm.. memang sah la tu ada gula.  (bukankah gula tidak baik untuk kesehatan?  Sayangi gigi kita (lama woo nak pakai!)

Kisahnya, ini sama juga dengan air berkarbonat.  apa yang menyebabkan ia berbuih?. Gula!  Sebab itu kalau kita tak sehat, doktor sarankan minum 100+/minuman isotonik lain, tapi kurangkan @ lepaskan buih2nya supaya kurang kandungan gula dlm minuman isotonik tu.  ha3.  begitulah kisahnya.  jadi senang cakap, eloklah kita kurangkan penggunaan gula baik dlm minuman, makanan atau ubat gigi. Macammana nak kurangkan kandungan gula tu?  Goncang2 botol air isotonik tu dan buka penutupnya perlahan-lahan. Kalau ubat gigi?  Macammana nak buang gulanya?  Ha3.  Tak dapat saya bayangkan. ^_^

Oleh sebab itu PASO nak khabarkan mengenai Serbuk Gigi Tok Demang. Ini yang di sebelah ini. Dijamin halal tiada gula, pewarna mahupun perasa.  Keluarga saya dah gunakan serbuk gigi ini hampir setahun, semenjak kami gunakan Serbuk Gigi ini, dah tiada gusi bengkak, karat gigi pun tiada.   (suami saya perokok, biasalah perokok biasanya berkarat kan gigi? Tapi suami saya tidak).  Malah, hitam di celah gigi pun berkurangan, nafas berbau pun boleh dikurangkan.  Yang paling best, tak perlu beli lagi pencuci mulut antiseptik (macam lis£€¥¢§^ tu..)  Oh lupa saya nak tekankan, kami pun dah tak ada pakai pencuci mulut antiseptik tu. Meskipun pakai yang kuat (warna biru) tak rasa langsung dah pedasnya bila dah pakai serbuk gigi ni.  Best kan? Mau taknya, takde la mcm2 benda kat dlm bilik air tu... Kosnya lagi.  masanya lagi. Serbuk gigi ni dah 2 dlm 1.  Owh, lagi satu, ada sebahagian doktor gigi sendiri tidak menyarankan penggunaan pembersih mulut antiseptik ini.  Tidak kisah la apa jenama sekalipun atau apa jua jaminan yang diberikan oleh pengiklan dan kroni-kroninya.  Khabarnya ianya boleh mereputkan gigi.  

Jadi kenapa tidak berubah kpd serbuk gigi halal tanpa gula serta 2 dlm 1?  info lanjut? Sms, pm, emel saya. Tak ada masalah.  Owh ya, saya nak bagi tips ni.  Biasalah kalau gosok gigi, kita mesti gosok lidah (yang biasa ditekankan).  Sebenarnya, mesti lebih dari itu.  Pastikan kita bukan sekadar menggosok gigi serta lidah, malah pipi, gusi, bibir serta lelangit.  Nak muntah?  Mula-mula je, jika teknik kita betul, pasti tak ada rasa nak muntah tu.  Kelebihannya, keseluruhan mulut benar-benar bersih serta dapat membantu mereka yang ada masalah mulut berbau.  Semuanya dengan usaha dan Rahmat ALLAH.

SAKIT KRONIK? NAK SEHAT TANPA DADAH? HALAL? JAMINAN HERBA TULEN?


Assalamu 'alaikum,

Hahaha.. asyik cerita tentang Shaklee je... hah kali ini saya nak bercerita tentang Tok Demang.  Selain ID untuk  Shaklee, kami (suami isteri) juga ID untuk Perubatan Tradisi Tok Demang.  Konsepnya sama - SEMULAJADI, perbezaannya satu sahaja Shaklee - Moden, Tok Demang - Tradisional, keberkesanannya?  Ha3.  Dua-dua saya suka.  Dua-dua saya rekemen.  Kenapa?  Sebab berkesanlah!!!  Saya dah gunakan produk Tok Demang sejak 9 tahun lalu, manakala produk Shaklee semenjak 2 tahun lebih yang lalu.  Untuk mengekalkan kesehatan, kami gunakan Shaklee, untuk barang-barang keperluan rumah, juga kami berjinak-jinak dengan Shaklee.  Tapi untuk ubat sakit, kami gunakan Tok Demang.  Tak kiralah sakit apa pun, dan yang paling best boleh minta tuan tabib (doctor lah tu, tabib ni bahasa arab, atau lebih tepat disebut tobib) diagnoskan.  Cara diagnos, ada banyak tapi takde lah perlu sampai MRI atau citiscan… ha3…. Betul ni, tak percaya?  Jumpa sendirilah baru tau… Kalau-kalaulah doktor pakar jantung sendiripun tak berani dibedah oleh pasukan pakar bedahnya, malah doktor pakar otak tak berani bedah anaknya, langsung berjumpa dapatkan rawatan tabib ini, apa kata survey?  Hik3…  Apa kata doktor-doktor tu?  “macammana encik tahu sakit saya/anak saya (secara terperinci okay…)?”  Apa jawab tabib, “inilah perubatan tradisional, perubatan Ibnu Sina, inilah Rahmat dari Tuhan, Tuhan yang bantu, jadi saya boleh tahu.”

Bagaimana saya kenal produk Tok Demang, ha3... sebab dulu saya sendiri pernah sakit teruk, sakit yang tidak boleh dihuraikan, pergi klinik @ hospital - jawabnya, "u tak ade apa2, kurang vitamin shj", "u cuma penat sahaja,", "awak okay, semua okay, biasalah tu," maka dapatlah saya vitamin, tambah darah dll.  Sehingga satu peringkat, saya sesak nafas, bukan asma, bukan hipertensi, bukan jantung dan lain-lain, sehinggalah doktor singh tu pun berkata, awak carilah ubat tradisional, saya rasa u better try huh,"  What?  Is this true?  Doktor singh pun suruh pergi tradisional…

Ha, begitu sekali - akhirnya, mencarilah saya beberapa tempat termasuk yang diam-diam mak saya dah usahakan rupanya.. Jumlah kesemua 7 tempat, satu pun tak berhasil.  Akhirnya saya disarankan ke Perubatan Tok Demang ni.  Sebelum bersetuju, macam-macam saya tanya, ada kain kuning tak?  Koleksi keris ke? Asap-asap ke?  Jawapan yang diberikan, “Tak ada.  Kau belum pergi ni pun dia dah tahu,” Berat hati mula-mula nak pergi, boleh percaya ke ni?  Akhirnya saya pergi.  Pada rawatan pertama dah rasa perbezaannya, saya senang dengan khidmat yang diberikan. Seterusnya saya disarankan untuk beri tempoh pada diri sekurang-kurangnya 6 bulan dengan beberapa lagi rawatan susulan.  (Ini memang prosedur standard bagi rawatan tanpa dadah/tradisi sebab herba lambat sikit bertindak berbanding dengan ubat preskripsi yang terang-terang dadah).  Syukur dengan Rahmat ALLAH saya sembuh dari belenggu penyakit tersebut.  (Penyakit apa?  Alah tak perlu tahulah, yang pasti saya kurus kering, malah kadangkala kelihatan seperti jerangkung, sakitnya itu ibarat kanser perut…).  Selepas itu dah tiada lagi sakit-sakit, kalau ada pun sikit-sikit ajelah, demam biasa-biasa tu….  Manusia kenalah sakit, ye tak?  Kalau tak sakit, tak kecewa, tak apa-apa lagi yang lain-lain tu.. wah!!!  Siapakah kita?  Har3…

Itulah cara saya berkenalan dengan Tabib Saleh Tok Demang, orangnya biasa sahaja, dengan pagoda dan jeans biru kegemarannya, sempoi…. Tapi… ilmunya, luas… sangat luas…. Tanya sajalah apa pun….. Suka juga saya tekankan disini, ramai dah yang saya refer ke sana, yang mana sabar dan ulang bertemu untuk rawatan susulan, dengan Rahmat ALLAH akhirnya sembuh.  Penyakitnya macam-macam:

  • debu batu karang (suami saya), 
  • kanser payudara (ibu mertua saya), 
  • darah tinggi (ayah mertua), 
  • sakit lutut dan debu batu karang (ibu saya), 
  • kanser darah (kawan saya, dulu dah banyak sihat – sampai ayahnya telefon Tabib bersungguh-sungguh ucapkan terima kasih, sekarang dah loss contact), 
  • antara anugerah istimewa serta pelik-pelik, hijab kanak-kanak dibuka sehingga melihat makhluk2 halus akhirnya anak-anak kerap menangis (anak kawan saya), 
  • kanak-kanak sawan/hiperaktif (anak kawan saya, semakin kurang sakit n kekejangannya)
  • sakit jantung, kanser otak dsb, malah,
  • saya sendiri - agak susah mengandung, akhirnya.... berderet dua si comel tu...
Tapi kalau memang umur dah tak panjang, dah tiba masa ajal menjemput, tak boleh nak buat apalah… hanya mungkin boleh diringankan sedikit sakit sebelum malaikat maut datang menjemput.   Semuanya dengan Rahmat ALLAH, dengan doa mustajab.. wALLAHU  a’lam…..  Pesakitnya, dari Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia (ini yang saya tahu, yang saya tak tahu..... mungkin ada lagi....). Golongan pesakitnya, orang biasa, VIP, VVIP, artis.  Jangan tanya saya pulak siapa?  Memang saya tak tahu.

Sehingga tahun ini, dah sembilan tahun kami bersahabat dengan Tabib, kami tak jemu bertemu dengannya.  Kami masih mendapatkan nasihat, bimbingan dan rawatannya.  (Rugi wooo tak kenal).  Wah panjang dah saya menulis ni.  Itulah buktikan saya tak jemu dan saya bersyukur sangat dipertemukan dengan tuan tabib kesayangan ramai ini.  Oh ye, untuk senarai-senarai produk Tok Demang, boleh lihat di sini ye:  http://www.naturalyou.com.my/Other+Traditional+Remedy

Sehat tanpa dadah?  Pasti Halal?  Jaminan herba tulen semulajadi?  Pilihan dah ada, pilih aje, tak susahkan?  Bukan Tok Demang sahaja, ada lagi produk lain kan?  Cuma saya rekemen ni sebab saya tahu prestasinya.  Agak-agaknya lah, dadah itu haram, dan kita makan ubat yang kita tahu ada dadah...., macammana ye?  Bukan saya kata haram, iskh3... jangan, kang tak pasal-pasal saya kena soal siasat menabur fitnah terhadap ubat perskripsi dan yang berkaitan dengannya.  Cuma pada saya dan keluarga secara peribadi, ada sedikit keraguan di hati saya mengenai itu.  Selagi tak terpaksa, sebolehnya kami tak akan ambil jenis-jenis ubat sebegini.  Peace, no war ye.

Terpanggil untuk info lebih lanjut? Boleh hubungi kami 016-2972050 atau 016-2973907.   Jangan bimbang, kami tak caj untuk perkhidmatan Tok Demang, kami hanya wakil penjual produk Tok Demang yang "Tak lapok dek hujan, tak lekang dek panas".   Kesannya Subha nALLAH.... sampai ke jiwa, hanya yang pernah merasainya sahaja yang tahu.  Salam sejahtera dan salam sayang, moga dipermudahkan urusan kalian.

Pesona Asli Tambatan Hati, Semoga kita berjumpa lagi di lain kali....

Assalamu 'alaikum.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Add