ASMA: MAGNESIUM MENGURANGKAN RISIKO


Salam hormat semua pembaca sekalian.  

Kalau kita perhatikan, penyakit asma ini sudah biasa didengari.  Mereka yang disekeliling kita jua ada yang turut menghidapi, atau lebih menyedihkan lagi, kita sendiri menghidapinya.  Penyakit ini mengancam tak kira usia, seperti mana penyakit-penyakit lain jua.  Apa yang dirasakan oleh penghidap asma (seperti yang dikongsikan dengan saya), adalah kesukaran bernafas sehingga mengundang kepada maut.  Paru-paru berhenti mengambil oksigen seketika untuk beberapa minit sebelum rawatan atau pengambilan oksigen dibuat.  Nauzu BILLAH. 

Tapi, tidak mengapalah.  Usahlah terlalu gusar apabila menghidapinya.  Apa pun jua, redha dan bertenang.  Tenang jua, bukanlah membiarkan terus diri atau mereka yang disayangi terus menghidapinya.  Wajib dalam tuntutan agama kita untuk kita dapatkan rawatan atau cegah sebelum kena.  Bagaimana nak mencegah?  Ramai orang-orang tua menekankan, jaga pemakanan.  Malah salah satu hadis RasulULLAH, jua turut menyebut – perut merupakan punca penyakit.  Ini beerti kita hendaklah menjaga makan & minum, kerana dari makan & minumlah menjadi darah daging kita.  WALLAHu ‘alam.

Tahukah kita?  Peranan magnesium dalam kehidupan seharian?  
  • Magnesium adalah kofaktor dalam lebih 300 tindakbalas enzim di dalam badan.  Ianya perlu untuk penghantaran impuls saraf, aktiviti otot, peraturan suhu, reaksi penyahtoksikan, dan untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat.   
  • Malah ia terlibat dalam pengeluaran tenaga dan sintesis DNA (Asid deoksiribonukleik)dan RNA (ribonuklek asid).  
  • Pengambilan magnesium membantu aktiviti sel, terutama dalam tisu jantung, saraf dan buah pinggang. 
  • Ia juga mempengaruhi banyak aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pelbagai jenis ubat-ubatan jantung. Sebagai contoh, magnesium menghalang pengagregatan platlet, menipis darah, menyekat pengambilan kalsium (seperti ubat menyekat saluran kalsium), dan melegakan saluran darah (seperti perencat ACE).  
  • Magnesium juga meningkatkan pengoksigenan otot jantung dengan meningkatkan fungsi jantung.

Jadi, dengan erti kata lain, magnesium diperlukan oleh tubuh badan untuk membantu penghidap asma meringankan kesan penyakit ini.  Walaubagaimanapun Asma yang teruk boleh menjadi sukar untuk dirawat walaupun dengan penggunaan beberapa ubat-ubatan. 

Semasa krisis asma yang teruk, Magnesium sulfat intravena digunakan, tetapi penggunaan sedutan menjadi kontroversi. Satu kajian baru-baru ini cuba untuk menilai sama ada sedutan magnesium sulfat boleh meningkatkan fungsi paru-paru, oksigen tahap tepu dan mengurangkan kemasukan ke hospital sebagai terapi untuk rawatan standard semasa krisis asma yang teruk.  

“Kajian ke atas 60 pesakit asma lebih 18 tahun dengan krisis asma dan FEV1 (Forced Expiratory Volume dalam 1 saat aliran udara paru-paru). Para pesakit telah diberi 125mg IV methylprednisolone yang diikuti oleh nebulization dengan gabungan albuterol (7.5mg) dan ipratropium bromide (1.5mg) dicairkan dalam 3ml isotonik masin (sebagai plasebo) atau 3ml (333mg) magnesium sulfat.  Pesakit-pesakit kemudian menunggu 90 minit dan jika FEV1 atau, SpO2 (pengukuran oksigen yang dibawa oleh sel darah merah) atau gejala berterusan, mereka telah dimasukkan ke jabatan kecemasan.  Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa menambah sedutan magnesium sulfat untuk rawatan standard semasa krisis asma yang teruk menambah baik FEV1 dan SpO2 dan mengurangkan kadar kemasukan ke hospital.” - Gallegos-Solorzano MC, Perez-Padilla R, Hernandez-Zenteno RJ. Usefulness of inhaled magnesium sulfate in the coadjuvant management of severe asthma crisis in an emergency department. Pulm Pharmacol Ther. Apr2010.

Dari konteks rawatan tradisional, madu lebah asli boleh dicuba untuk merawat asma.  Malah banyak lagi alternatif lain.  Maklumat lanjut untuk rawatan boleh dapatkan maklumat dari En. Saleh di 0162973907.    Hanya pastikan keaslian perawatan serta bahan yang digunakan.  Di PASO, kami mencadangkan:
  • Omegaguard (terbaik, sebab boleh mehangatkan dada/paru-paru)
  • Alfalfa
  • Vitamin C, B & E
  • Ostematrix (kalsium + magnesium + vitamin D)
  • Mealshake (serbuk)
  • atau boleh juga dapatkan Set G (set ini turut mengandungi magnesium) khusus untuk Asma/Resdung/Sinus/Alahan dengan hanya serendah RM80.  

Sekian, itu sahaja.  Pilih Go Green, Go Natural, Say No to Drug!!!  Hubungi saya - 0162972050 atau emel suteracitra@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Add