Tips diet mudah pesakit jaundis/penyakit hati

Salam sejahtera,

Jaundis nampak ringan, tapi jaundis juga merbahaya.  Jaundis ringan boleh disembuhkan dengan terapi diet dan sedikit senaman. Jaundis juga menyerang orang dewasa. Pesakit biasanya perlu berehat sehingga simptom akut beransur hilang.

Cara awal yang boleh meredakannya adalah mudah.  Jus lemon, anggur, pear, lobak merah, ubi bit dan tebu boleh membantu. Prosedur enema (memasukkan cecair ke dalam kolon atau dubur) hendaklah dilakukan setiap hari semasa minggu pertama berpuasa makan untuk memastikan penyingkiran normal pada usus.  Jadi kuranglah penyerapan bahan beracun ke dalam aliran darah seterusnya ke hati. Pada ketika ini pesakit digalakkan berpuasa makan, sebaliknya hanya mengambil jus buah-buahan sahaja.

Pengambilan jus buah-buahan ini boleh dihentikan selepas simptom mereda dan seterusnya diet berikut disarankan:

  • Bangun dari tidur:  minum air suam yang diperah 2 sudu teh limau nipis
  • Sarapan:  Jus segar epal, betik, anggur, beri atau mangga.  Segar sahaja ye. Satu cawan gandum atau satu keping roti gandum dengan sedikit mentega.
  • Minum pagi:  Jus oren
  • Makan tengahari:  2 keping kecil capati di buat drpg tepung gandum penuh, semangkuk sup sayur, sayur daun hijau kukus seperti sawi serta segelas susu mentega.
  • Minum petang:  Jus oren atau air kelapa yang dicampur secubit garam (bagi membuang bisa).
  • Makan malam:  Seperti makan tengahari atau pilihan sayur adalah kentang bakar serta segelas susu (boleh juga dicampur madu)

Sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minggu, elakkan makanan berlemak/berminyak.  Dan seterusnya selepas itu, makan-makanan ini hendaklah di ambil dengan kuantiti plg minimum.  Juga pastikan elakkan daripada memakan makanan yang sukar/lambat dicerna oleh usus.

http://pesonaasli.blogspot.com

Demikianlah tips mudah pemakanan orang berpenyakit hati mahupun jaundis.  Semoga kekal sihat dan ceria.  Tips tambahan:  Boleh masukkan dua produk ini untuk kesan yang lebih memberangsangkan.

Whatsapp:  0162972050

posted from Bloggeroid

3 Sebab Utama Pilih Shaklee

KENAPA SHAKLEE?

Mungkin anda tertanya2 kenapa kami begitu mencintai vitamin Shaklee. Bukankah banyak vitamin lain yang lebih mudah didapati di farmasi, bukan? OK di sini saya nak kongsi beberapa fakta

1- Shaklee dibuat dari bahan2 semulajadi. kalau anda tgk pada labelnya ada banyak nama2 kimia yang kita tak faham, tp ia adalah plant-derived, atau diperbuat daripada tumbuhan. Malah alcohol, glycerin dalam Shaklee adalah plant based.

2- Shaklee menjalani Ujian Klinikal, yang mana TIDAK ADA RULES untuk produk nutraseutikal untuk dibuat ujian klinikal. Tetapi demi memastikan ia benar2 berkesan, Shaklee menjalankannya.

3- peer/idendent study & published journal. Dr Bruce Miller satu ketika pernah menghantar email kepada company2 lain yang juga mengeluarkan vitamin & minta terbitkan journal/study mereka... sayangnya.. TAKDE, kecuali Shaklee.

Jadi yakinilah dengan pilihan anda.

Credit: mommy lyna

Psst... Saya sendiri dulu pemakan vitamin farmasi yg mn ianya sintetik. Sejak beberapa tahun dahulu, tidak lagi kerana saya dah tau kebaikan dan keberkesanannya Shaklee. Iskh bila ingat balik dulu saya seriau sebab dah berikan tubuh saya bahan sintetik kimia yang bertentangan dengan tubuh badan sendiri. Nak cuba segera? Hubungi saya di 0162972050. Juga boleh emel atau whatsapp ye.

posted from Bloggeroid

Apa dia Collagen Bebas Kimia & Bebas Dadah?


Salam sayang buat semua.

Umum mengatakan bahawa Kolagen adalah satu sumber penting dalam kesihatan dan keanjalan kulit.  Tapi tahukan kita sebenarnya terlalu banyak fungsi kolagen semulajadi dalam sistem tubuh badan kita? Antaranya, kulit dan sel sendi.  Ada baca ini tak? http://vitaminibumenyusu.blogspot.com/2011/10/siapa-kata-tak-perlu-suplemen.html   Jika dilihat pada rajah struktur sel tubuh itu, ruang antara sel-sel itulah letaknya kolagen semulajadi tubuh kita. Jadi kolagen ini memang penting untuk perlindungan sel-sel tubuh secara keseluruhannya. 

Malah kegunaan kolagen dalam badan kita merangkumi peratusan ini: 



Ini pula lakaran mudah melihat serangan radikal bebas ke atas sel tubuh kita:



Sudah tentu kolagen semulajadi paling sesuai dengan tubuh kita yang semulajadi. Ini tidak harus dipandang remeh. Tubuh kita asli semulajadi dan sudah tentu pengisiannya turut yang semulajadi. Takkan pula kita nak sumbatkan sel-sel kita dengan kolagen sintetik dari makmal? Ibarat sayuran juga tuan/puan. Yang organik itu lebih bernilai khasiatnya berbanding yang disembur racun perosak bukan?

Dengan erti kata mudah (owh… saya tak suka merumitkan perkara yang boleh dipermudahkan) kolagen ini penting untuk tubuh kita terutamanya kulit kerana 40% kolagen adalah didalam kulit. Jaga kualiti sel tubuh, sel tubuh terhindar dari serangan radikal bebas. Kulit sihat beerti cantik, sendi sihat beerti tak adalah sakit-sakit sendi.  Mungkin pada usia kita yang muda, kita akan berkata.. alah muda lagi, aku tak perlu ini semua.. Pada usia kita yang matang pula… iskh… dah terlewat nak makan benda-benda ini semua.

Perhatian!!! Tiada istilah lewat! Begitu juga dengan Collagen Powder Shaklee, tidak terlewat. Mungkin ada yang beranggapan, alah.. produk lain dah lama dah keluar kolagen ni.. Ni apahal lambat sangat keluar kolagen Shaklee ni? Ha3.. Itu pandangan kasar je tuan/puan.  Cuba lihat lebih jauh malah lebih halus lagi.  Ya! Memang terlewat dari segi masa tapi tidak terlewat dari segi kualiti. Kenapa lewat berbanding jenama lain? Kerana:

  1. Kajian terperinci
  2. Kajian klinikal
  3. Kajian keberkesanan
  4. Kajian sumber bahan semulajadi terbaik
  5. Kajian kesan sampingan

Tahukah anda kolagen terbaik adalah dari sisik ikan? 
Maka kerana ujian-ujian di atas, maka pengeluaran Serbuk Kolagen Shaklee ini diberi perhatian penuh..  Better late than sorry kan? Produk anda? Sudahkan anda semak kandungan dan kajian yang dibuat?

Untuk pengetahuan anda, Collagen Powder Shaklee dibuat daripada 
Sisik Ikan Merah bagi menyokong elastik dan keanjalan kulit.  Boleh dibancuh begitu sahaja atau tambahkan perisa kegemaran anda.


Jangan tunggu lagi! Hubungi kami di: 016-2972050/016-2973907 suteracitra@gmail.com Pesona Asli Shaklee Online (fb page) Citra Sutera (fb) Annajaah (Twitter)

Feel Free To Contact PASO

Salam semua

Cuma nak war-warkan PASO kini boleh dihubungi melalui whatsapp. Jgn malu-malu ye. Citra sutera annajaah 0162972050.

posted from Bloggeroid

ASMA: MAGNESIUM MENGURANGKAN RISIKO


Salam hormat semua pembaca sekalian.  

Kalau kita perhatikan, penyakit asma ini sudah biasa didengari.  Mereka yang disekeliling kita jua ada yang turut menghidapi, atau lebih menyedihkan lagi, kita sendiri menghidapinya.  Penyakit ini mengancam tak kira usia, seperti mana penyakit-penyakit lain jua.  Apa yang dirasakan oleh penghidap asma (seperti yang dikongsikan dengan saya), adalah kesukaran bernafas sehingga mengundang kepada maut.  Paru-paru berhenti mengambil oksigen seketika untuk beberapa minit sebelum rawatan atau pengambilan oksigen dibuat.  Nauzu BILLAH. 

Tapi, tidak mengapalah.  Usahlah terlalu gusar apabila menghidapinya.  Apa pun jua, redha dan bertenang.  Tenang jua, bukanlah membiarkan terus diri atau mereka yang disayangi terus menghidapinya.  Wajib dalam tuntutan agama kita untuk kita dapatkan rawatan atau cegah sebelum kena.  Bagaimana nak mencegah?  Ramai orang-orang tua menekankan, jaga pemakanan.  Malah salah satu hadis RasulULLAH, jua turut menyebut – perut merupakan punca penyakit.  Ini beerti kita hendaklah menjaga makan & minum, kerana dari makan & minumlah menjadi darah daging kita.  WALLAHu ‘alam.

Tahukah kita?  Peranan magnesium dalam kehidupan seharian?  
  • Magnesium adalah kofaktor dalam lebih 300 tindakbalas enzim di dalam badan.  Ianya perlu untuk penghantaran impuls saraf, aktiviti otot, peraturan suhu, reaksi penyahtoksikan, dan untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat.   
  • Malah ia terlibat dalam pengeluaran tenaga dan sintesis DNA (Asid deoksiribonukleik)dan RNA (ribonuklek asid).  
  • Pengambilan magnesium membantu aktiviti sel, terutama dalam tisu jantung, saraf dan buah pinggang. 
  • Ia juga mempengaruhi banyak aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pelbagai jenis ubat-ubatan jantung. Sebagai contoh, magnesium menghalang pengagregatan platlet, menipis darah, menyekat pengambilan kalsium (seperti ubat menyekat saluran kalsium), dan melegakan saluran darah (seperti perencat ACE).  
  • Magnesium juga meningkatkan pengoksigenan otot jantung dengan meningkatkan fungsi jantung.

Jadi, dengan erti kata lain, magnesium diperlukan oleh tubuh badan untuk membantu penghidap asma meringankan kesan penyakit ini.  Walaubagaimanapun Asma yang teruk boleh menjadi sukar untuk dirawat walaupun dengan penggunaan beberapa ubat-ubatan. 

Semasa krisis asma yang teruk, Magnesium sulfat intravena digunakan, tetapi penggunaan sedutan menjadi kontroversi. Satu kajian baru-baru ini cuba untuk menilai sama ada sedutan magnesium sulfat boleh meningkatkan fungsi paru-paru, oksigen tahap tepu dan mengurangkan kemasukan ke hospital sebagai terapi untuk rawatan standard semasa krisis asma yang teruk.  

“Kajian ke atas 60 pesakit asma lebih 18 tahun dengan krisis asma dan FEV1 (Forced Expiratory Volume dalam 1 saat aliran udara paru-paru). Para pesakit telah diberi 125mg IV methylprednisolone yang diikuti oleh nebulization dengan gabungan albuterol (7.5mg) dan ipratropium bromide (1.5mg) dicairkan dalam 3ml isotonik masin (sebagai plasebo) atau 3ml (333mg) magnesium sulfat.  Pesakit-pesakit kemudian menunggu 90 minit dan jika FEV1 atau, SpO2 (pengukuran oksigen yang dibawa oleh sel darah merah) atau gejala berterusan, mereka telah dimasukkan ke jabatan kecemasan.  Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa menambah sedutan magnesium sulfat untuk rawatan standard semasa krisis asma yang teruk menambah baik FEV1 dan SpO2 dan mengurangkan kadar kemasukan ke hospital.” - Gallegos-Solorzano MC, Perez-Padilla R, Hernandez-Zenteno RJ. Usefulness of inhaled magnesium sulfate in the coadjuvant management of severe asthma crisis in an emergency department. Pulm Pharmacol Ther. Apr2010.

Dari konteks rawatan tradisional, madu lebah asli boleh dicuba untuk merawat asma.  Malah banyak lagi alternatif lain.  Maklumat lanjut untuk rawatan boleh dapatkan maklumat dari En. Saleh di 0162973907.    Hanya pastikan keaslian perawatan serta bahan yang digunakan.  Di PASO, kami mencadangkan:
  • Omegaguard (terbaik, sebab boleh mehangatkan dada/paru-paru)
  • Alfalfa
  • Vitamin C, B & E
  • Ostematrix (kalsium + magnesium + vitamin D)
  • Mealshake (serbuk)
  • atau boleh juga dapatkan Set G (set ini turut mengandungi magnesium) khusus untuk Asma/Resdung/Sinus/Alahan dengan hanya serendah RM80.  

Sekian, itu sahaja.  Pilih Go Green, Go Natural, Say No to Drug!!!  Hubungi saya - 0162972050 atau emel suteracitra@gmail.com

Vitamin E Shaklee, Vitamin Cinta?

Salam semua,

Tahukah anda, Vitamin E juga dikenali sebagai Vitamin Cinta?  Ha3x.. Mesti kamu buat muka kan?  Mengerutkan dahi dan sebagainya.  Tapi itulah jolokan nama lain vitamin e ini.  Kenapa?
  1. kerana ianya bagus untuk kesihatan jantung?
  2. kerana ianya bagus untuk kesihatan prostat?
  3. kerana ianya bagus untuk meningkatkan kesihatan lelaki?
  4. kerana ianya membantu meningkatkan kesuburan?
  5. kerana ianya mencantikkan kulit?
  6. kerana ianya meningkatkan imuniti badan terutama bagi golongan berumur?
  7. kerana ianya melambatkan proses penuaan?
  8. kerana ianya membantu menghilangkan parut dan jeragat?
  9. kerana ianya membantu mengecutkan pertumbuhan sel yang abnormal yang boleh menjurus kepada sel kanser?
  10. kerana ianya membantu memperelokkan pengaliran darah?
  11. kerana ianya membantu mengatasi 'kedinginan' bagi ibu-ibu yang menyusu kerana tubuh badan menghasilkan lebih banyak prolaktin berbanding estrogen?
  12. kerana ianya membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka (tak kira luka luaran mahupun dalaman)
  13. kerana ia mengurangkan kesan hitam di areola ibu-ibu yang telah melahirkan anak?
  14. kerana ia membantu melegakan simptom PMS (premenstrual) yang teruk?
Banyak kan khasiatnya?  Ini pun belum disenaraikan keseluruhannya.  Jadi terpulanglah kepada kita sendiri untuk mentafsirkan kenapa agaknya jolokon Vitamin Cinta diberikan kepada Vitamin E.  

Yang disenaraikan di atas adalah antara kebaikan vitamin e semulajadi.  Saya pasti menyarankan kepada anda untuk mengambil Vitamin E Shaklee yang semulajadi dengan IU400 sumber semulajadi vit e.  Malah setiap kapsul Vitamin E Shaklee juga disertakan dengan serenium sebanyak 65 mcg serta 38mg ekstrak biji anggur (yang mana mengandungi kompaun antioksida yang lebih tinggi berbanding vit e & vit c).  Jadi jangan tunggu lagi.  Bulan Jun adalah Bulan Vitamin E di PASO.  Harga terendah di pasaran.  Tawaran terhad selagi stok masih ada.

Hubungi kami segera!!! 0162972050, suteracitra@gmail.com, FB Pesona Asli Shaklee Online.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Add