Jenis-jenis diet ni sebenarnya banyak. Jenis diet sihat sudah pastilah yang mengutamakan pengambilan nutrisi dan senaman ringan setidak-tidaknya. Tapi ada juga yang tak pentingkan jenis-jenis diet ni, yang penting, minum atau makan dan KURUS. Tidak! Salah tu kawan-kawan. Sebab itu, ada kita biasa dengar, Si A kata: aku makan ini okay, turun berat. Si B pula kata: Aku makan ni jugak, tengok mana ada turun berat? Jenis diet yang berkesan sebenarnya banyak faktor. Kena lihat jenis badan, jenis darah, jenis keadaan dan sebagainya. Jenis-jenis diet sehat ini tidak sama pada setiap orang. Apapun, yang penting, kenal pasti dulu. Kategori diet ini amat penting. Barulah berbaloi dengan hasil dan usaha kita. Bukan dengan hanya mengikut-ngikut 'trend'. Lihat sahaja di bawah ini. Diet ikut kategori darah pun ada.
- DIET
IKUT JENIS DARAH – Wujud reaksi kimia antara makanan dan jenis darah yang
dipanggil lektin. Jika anda pemilik
darah O anda perlu elakkan ikan keli, salmon dan sotong. Yang elok pula
daging lembu, kambing, rusa, ikan kod, makerel dan hering. Darah A pula, sesuai ambil ayam, ayam
turki, dan tidak digalakkan ambil daging lembu, rusa dan itik. Rujuk sini: (ini rujukan lengkap tentang jenis-jenis makanan ikut kategori darah)
- DIET
IKUT BENTUK BADAN – Manusia mempunyai 3 jenis bentuk tubuh iaitu
mesomorph, endomorph dan ectomorph.
a) Ectomorphic: dicirikan oleh panjang dan
nipis otot/anggota dan penyimpanan rendah lemak, biasanya dirujuk sebagai
tipis. Ectomorphs tidak cenderung untuk menyimpan lemak dan tidak membina otot.
b) Mesomorphic: dicirikan oleh tulang
sederhana, batang tubuh pejal, tahap yang rendah lemak, bahu luas dengan
pinggang yang sempit; biasanya dirujuk
sebagai otot. Tubuh jenis ini cenderung untuk membina otot tetapi tidak menyimpan
lemak.
c) Endomorphic: dicirikan oleh penyimpanan
lemak meningkat, pinggang lebar dan struktur tulang yang besar, biasanya
dirujuk sebagai lemak. Endomorphs terdedah kepada ‘menyimpan lemak’.
Yang mana satu? Minta tolong rakan tengokkan jika tak pasti. |
Bentuk tubuh menjadi petunjuk
kepada kelenjar yang mengawal kadar metabolism badan: tiroid, adrenal, gonadal dan pituitari:
- Tiroid, tubuh cenderung kumpul lemak di bahagian pinggang, atas pinggang dan paha.
- Adrenal, tubuh cenderung menambah lemak di bahagian belakang atas, dada/payu dara dan perut.
- Gonadal, bahagian bawah badan lebih besar
- Pituitari, serata ke seluruh badan.
- DIET
KETOGENIK – Tubuh mengandungi lemak tinggi yang akan ditukar kepada keton yang
akan digunakan bersama glukosa.
Tidak sesuai untuk semua orang melainkan penghidap epilepsi (kurang
mampu bertindak balas terhadap ubat).
Jadi mereka sesuai ambil makanan tinggi lemak tapi karbohidrat
rendah seperti nasi dan aiskrim. (wah sedapnya)
- DIET
INDEKS GLISEMIK RENDAH – Karbohidrat meningkatkan kadar gula dalam darah
dengan cepat? Jadi, ambil kurang karbohidrat supaya gula tak banyak? Kurang tepat. Sebenarnya beri tumpuan kepada karbohidrat
yang tepat supaya kadar gula seimbang. Bila kadar gula seimbang, barulah tak cepat letih dan sistem badan pasti elok. Ambillah: sayur-sayuran, bijirin, roti gandum, kekacang dan beras
perang.
- DIET RENDAH/BEBAS GLUTEN – Gluten didapati dalam hasil karbohidrat macam gandum dan beras. Ini sesuai bagi mereka yang mengalami masalah gangguan usus yang mana tindak balas gluten boleh menimbulkan luka atau kerosakan pada usus. Janganlah ambil roti dan nasi melainkan ianya benar-benar 100% bebas gluten (sekali-sekala tak mengapalah). Sebaliknya makan buah-buahan.
Pastikan bijirin dan roti anda bebas gluten - DIET
SAYUR-SAYURAN – Ini memang umum sedia maklum kan? Buah tinggi serat. Begitu juga sayur-sayuran. Dan ramai
yang berjaya dengan amalan ini.
Meskipun tidak mengetahui jenis diet yang mana sepatutnya diberi
perhatian. Jangan pula abaikan protein dan lain-lain. Vegetarian pun ambil protein tau.
- DIET
DASH – Dietary Approaches to Stop
Hypertension. Atau diet bagi mengatasi hipertensi (tekanan
darah). Yang ini mesti dengan
pengambilan buah, sayuran, produk rendah lemak, sodium, lemak dan daging
merah.
Apa-apapun lihat pada keadaan fizikal dan kesihatan diri sendiri sebelum membazir dengan mencuba dan megikut-ngikut 'trend' serta promosi-promosi produk yang nampak sungguh meyakinkan dengan testimoni yang macam-macam.
Jangan dah terhantuk baru terngadah, pembaziran kan tidak elok. Apa-apapun, pilih yang semulajadi! Pilih yang selamat untuk jangka masa panjang, pilih yang mampu berikan kesan baik terhadap kesihatan juga. Pastikan produk yang kita ambil itu ada kajian klinikal, ada lesen jualan, ada daftar KKM dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment