JENIS-JENIS DIET SEHAT DAN DIET YANG BERKESAN


Jenis-jenis diet ni sebenarnya banyak. Jenis diet sihat sudah pastilah yang mengutamakan pengambilan nutrisi dan senaman ringan setidak-tidaknya.  Tapi ada juga yang tak pentingkan jenis-jenis diet ni, yang penting, minum atau makan dan KURUS.  Tidak! Salah tu kawan-kawan.  Sebab itu, ada kita biasa dengar, Si A kata: aku makan ini okay, turun berat. Si B pula kata:  Aku makan ni jugak, tengok mana ada turun berat? Jenis diet yang berkesan sebenarnya banyak faktor.  Kena lihat jenis badan, jenis darah, jenis keadaan dan sebagainya.  Jenis-jenis diet sehat ini tidak sama pada setiap orang.  Apapun, yang penting, kenal pasti dulu. Kategori diet ini amat penting.  Barulah berbaloi dengan hasil dan usaha kita.  Bukan dengan hanya mengikut-ngikut 'trend'. Lihat sahaja di bawah ini.  Diet ikut kategori darah pun ada.

  1. DIET IKUT JENIS DARAH – Wujud reaksi kimia antara makanan dan jenis darah yang dipanggil lektin.  Jika anda pemilik darah O anda perlu elakkan ikan keli, salmon dan sotong. Yang elok pula daging lembu, kambing, rusa, ikan kod, makerel dan hering.  Darah A pula, sesuai ambil ayam, ayam turki, dan tidak digalakkan ambil daging lembu, rusa dan itik.  Rujuk sini:  (ini rujukan lengkap tentang jenis-jenis makanan ikut kategori darah)

  1. DIET IKUT BENTUK BADAN – Manusia mempunyai 3 jenis bentuk tubuh iaitu mesomorph, endomorph dan ectomorph. 
a)  Ectomorphic: dicirikan oleh panjang dan nipis otot/anggota dan penyimpanan rendah lemak, biasanya dirujuk sebagai tipis. Ectomorphs tidak cenderung untuk menyimpan lemak dan tidak membina otot.
b)   Mesomorphic: dicirikan oleh tulang sederhana, batang tubuh pejal, tahap yang rendah lemak, bahu luas dengan pinggang yang sempit;  biasanya dirujuk sebagai otot. Tubuh jenis ini cenderung untuk membina otot tetapi tidak menyimpan lemak.
c)     Endomorphic: dicirikan oleh penyimpanan lemak meningkat, pinggang lebar dan struktur tulang yang besar, biasanya dirujuk sebagai lemak. Endomorphs terdedah kepada ‘menyimpan lemak’.

http://pesonaasli.blogspot.com
Yang mana satu? Minta tolong rakan tengokkan jika tak pasti.


Bentuk tubuh menjadi petunjuk kepada kelenjar yang mengawal kadar metabolism badan:  tiroid, adrenal, gonadal dan pituitari:
  • Tiroid, tubuh cenderung kumpul lemak di bahagian pinggang, atas pinggang dan paha.
  • Adrenal, tubuh cenderung menambah lemak di bahagian belakang atas, dada/payu dara dan perut.
  • Gonadal, bahagian bawah badan lebih besar
  • Pituitari, serata ke seluruh badan.

  1. DIET KETOGENIK – Tubuh mengandungi lemak tinggi yang akan ditukar kepada keton yang akan digunakan bersama glukosa.  Tidak sesuai untuk semua orang melainkan penghidap epilepsi (kurang mampu bertindak balas terhadap ubat).  Jadi mereka sesuai ambil makanan tinggi lemak tapi karbohidrat rendah seperti nasi dan aiskrim. (wah sedapnya)


  1. DIET INDEKS GLISEMIK RENDAH – Karbohidrat meningkatkan kadar gula dalam darah dengan cepat? Jadi, ambil kurang karbohidrat supaya gula tak banyak? Kurang tepat. Sebenarnya beri tumpuan kepada karbohidrat yang tepat supaya kadar gula seimbang. Bila kadar gula seimbang, barulah tak cepat letih dan sistem badan pasti elok.  Ambillah: sayur-sayuran, bijirin, roti gandum, kekacang dan beras perang.  

  1. DIET RENDAH/BEBAS GLUTEN – Gluten didapati dalam hasil karbohidrat macam gandum dan beras.  Ini sesuai bagi mereka yang mengalami masalah gangguan usus yang mana tindak balas gluten boleh menimbulkan luka atau kerosakan pada usus.  Janganlah ambil roti dan nasi melainkan ianya benar-benar 100% bebas gluten (sekali-sekala tak mengapalah). Sebaliknya makan buah-buahan. 
    http://pesonaasli.blogspot.com
    Pastikan bijirin dan roti anda bebas gluten
  2. DIET SAYUR-SAYURAN – Ini memang umum sedia maklum kan? Buah tinggi serat.  Begitu juga sayur-sayuran. Dan ramai yang berjaya dengan amalan ini.  Meskipun tidak mengetahui jenis diet yang mana sepatutnya diberi perhatian. Jangan pula abaikan protein dan lain-lain. Vegetarian pun ambil protein tau.

  1. DIET DASHDietary Approaches to Stop Hypertension. Atau diet bagi mengatasi hipertensi (tekanan darah).  Yang ini mesti dengan pengambilan buah, sayuran, produk rendah lemak, sodium, lemak dan daging merah.

Apa-apapun lihat pada keadaan fizikal dan kesihatan diri sendiri sebelum membazir dengan mencuba dan megikut-ngikut 'trend' serta promosi-promosi produk yang nampak sungguh meyakinkan dengan testimoni yang macam-macam.  

Jangan dah terhantuk baru terngadah, pembaziran kan tidak elok.  Apa-apapun, pilih yang semulajadi! Pilih yang selamat untuk jangka masa panjang, pilih yang mampu berikan kesan baik terhadap kesihatan juga.  Pastikan produk yang kita ambil itu ada kajian klinikal, ada lesen jualan, ada daftar KKM dan sebagainya.


SMS/Whatsapp/Viber/Wechat! "PA OPP" ke 0162972050 sekarang! Anda bakal mendapatkan keahlian kelab eksklusif serta tips memaksimakan kesan positif produk (hanya bagi yang bertindak sekarang, malah mungkin anda bakal mendapat token percuma!!!) Perkhidmatan kami sentiasa 24 jam sehari, 7 hari seminggu! suteracitra@gmail.com / fb page: Pesona Asli Shaklee Online atau isi borang ini: http://vitaminibumenyusu.blogspot.com/p/tempahan.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Add