PROGRAM REBET PROMOSI SHAKLEE OLEH PESONA ASLI


Assalamu 'alaikum…

Salam sejahtera buat semua.  Alhamdu LILLAHI, berkat usaha dan sokongan banyak pehak, PA maju setapak demi setapak.  Terima kaseh semua atas doa dan sokongan.  Ahha!!!!  Selaras dengan perkembangan yang sangat memberangsangkan ini, PA sangat teruja untuk menjalankan Program Rebet Shaklee KHUSUS (sekali lagi) buat:

  • Likers FB Page PA (www.facebook.com/Pesona/Asli);
  • Followers Blog ini - pesonaasli.blogspot.com;
  • Pelanggan setia/tetap (kami sayang semua); dan tidak ketinggalan
  • Pelanggan baru!!!
Ha!  Best tak?  Kami sendiri sangat teruja untuk mulakan program ini.  Sebab?  Kebaikan untuk semua pehak!!!  :)   


Sekarang, kita dapatkan kaedah menyertai Program Rebet PA ini:  (tak susah pun..... ce baca...)
1.     Jadilah liker FB Page PA atau follower blog ini;
2.     Hanya perkenalkan mana-mana Set Istimewa PA dari Set A hinggalah Set KC 1 & 2 kepada keluarga, rakan-rakan, siapa-siapalah yang belum tersenarai dalam Pelanggan PA.  (Pastikan bakal prospek PA maklumkan kepada Admin bahawa dia diperkenalkan tentang produk PA oleh anda [tidak kira la nama dalam FB, nama betul dll - janji PA mudah mengecam anda, dengan erti kata lain, nama yang anda berurusan dengan PA]);
3.     Juga boleh perkenalkan Set Penuh PA dengan kaedah yang sama seperti Set Istimewa PASO.
4.     Rebet bagi Set Penuh adalah RM3 setiap satu, manakala Rebet Set Istimewa adalah sebanyak RM2 setiap satu.
5.     Rebet boleh dikumpul sehingga maksimum RM9 bagi penebusan semua set kecuali Set K1 & K2 yang mana rebet maksimum bagi set ini adalah RM4 sahaja!!!
6.     Juga jangan lupa pesan pada individu yang anda perkenalkan untuk nyatakan nama anda kepada kami ye. 
7.     Waktu penebusan adalah pada bila-bila masa, terpulang pada anda.
8.     Program Rebet Shaklee PA ini sah sehingga 30 Jun 2012. 31 Disember 2012. 31 MAC 2013.
Itulah dia, kaedah serta syarat Program Rebet PA.  Mudah kan?  Malah pada ketika ini, sudah ada yang mula mengumpul rebet tau!!!  Pastikan anda adalah diantara mereka yang bertuah!!!

Ada soalan?:

Ahha, saya nampak sedikit musykil di riak wajah anda tu... he3... saya tahu, ini mesti nak tahu apa set-set yang kami tawarkan tu kan?  Mudah sahaja, setelah like FB Page PA, cek di ‘Notes’.  Seperti biasa, sekiranya ada memerlukan bantuan - Mesej sahaja ke FB Page PA atau emel ke suteracitra@gmail.com.  Rugi woo tak sertai Program Rebet Shaklee ni!!! (gerenti tiada yang lain yang menawarkan program serupa!)


Sekian, akhir kata – Jom Menuju Pesona Asli. 

Bijirin, Jawapan Penurunan Berat Badan!

Assalamu 'alaikum & Salam Sejahtera semua,

Semoga semua sihat ceria dan gembira sentiasa.  He3, kalau badan sihat, pasti ceria dan gembiran kan....

Bijirin, atau dipanggil grain, memang sangat sinonim dengan hidup kita, eh saya.  Tuan/puan, saya tidak pasti... hi3.... Saya memang dah dibiasakan dengan bijirin sedari kecil lagi.  Mak suka buatkan air nestum/oat untuk kami semua.  Seeedaaapppp!!!!!

Tips untuk menurunkan berat badan malah membantu untuk mengawal kolesterol adalah dengan pengambilan bijirin.  Sebab itu, jantung saya sihat dan berat badan saya kekal sahaja.  BMI (Body Mass Index saya memang sentiasa di paras normal.  Malah kalau ikut tips nyahtoksin yang dikongsi di sini (klik2), memang itulah dia!!!  Tak jumpa?  Tak apa, boleh tengok kat bawah ni:



5 Tips detox/nyahtoksin semulajadi:
1. Makan bijirin (waktu sarapan/malam/sukahati bila2 pun boleh);
2. Makan buah (gantikan dari mengunyah kerepek/keropok/asam/bla3);
3. Makan sayur-sayuran (ulam ke, rebus ke, goreng pun tak apa);
4. Makan kekacang (tak termasuk kacang goreng, kacang tumbok, dll); dan
5. Minum air yang telah dimasak (Pastikan dari bekas yang BPA free ye).

Kenapa mesti bijirin, buah, sayur & kekacang? sebab semuanya tinggi fiber. Lagi tinggi fiber, lagi bagus proses detox. Juga lagi tinggi fiber, lebih air kena minum, baru proses detox lengkap!!! ^_^ Selamat mencuba!!!!


Betul!!!  Bijirin memang kesukaan saya, buah? lagilah saya suka?  Sayur?  Jangan cakap, tak lengkap hidangan saya kalau tidak ada sayur.  Kacang?  Hi3... memang saya makan?  Jerawat?  Eh, tak ada... kalau ada pun sekali sekala sahaja.  ^_^  sangat jarang!!!  Tapi, kacang bukan penyebab jerawat ok... Oh.. cakap tentang kacang, kacang yang paling elok kita makan, kacang badam tau, yang lain-lain tinggi kolesterol.


Jom kita tgk sedikit info tentang bijirin ni.
  • Antara bijirin:  gandum, beras, oat, barli, jagung, beras perang, pasta dan lain-lain.
  • Pengambilan bijirin penuh boleh mengurangkan risiko diabetes tahap II,  penyakit kardivaskular, low density lipoprotein (LDL) & triglyceride yang menyumbang kepada 26% penurunan risiko  koronori jantung, hipertensi dan obesiti.

Jadi, secara tidak langsung, memandangkan bijirin atau fiber ini mengurangkan risiko obesiti, bermakna bijirin mengurangkan berat badan.  Dengan syarat, makan bijirin dan minum air lebih dari mencukupi pun lagi bagus, janji air yang telah dimasak.

Oleh sebab itu, makanlah bijirn sekali pun tak apa setiap hari.  Tak lalu?  Dah cuba buat cair-cair campur susu atau malt coklat?  Cuba dulu.  Tak lalu juga?  dah cuba campur dlm masakan?  Ye, masakan!  Telur goreng, cucur manis/masin, masak lemak cili api?  Ha3... boleh je, sedap!!!  Mula-mula sikit-sikit, dah lama nanti boleh punya!!!! 

Okay, itu sahaja buat kali ini.  Selamat mencuba!!!



P/s:  Nak tahu rahsia pelanggan-pelanggan saya menurunkan berat badan selain dengan tips di atas?  Hubungi saya tau!!! 

Vitamin Bantu Dapat Zuriat



Assalamu 'alaikum,

Apa khabar anda?  Saya, syukur... kesihatan masih baik dengan Rahmat Allah.  Topik kali ini, saya nak kongsikan berkenaan kesuburan lelaki dan wanita.  Saya ini, bukanlah orang yang pakar dalam hal-hal kesuburan baik lelaki mahupun wanita.   Cuma apa yang saya boleh berkongsi di sini,  antara pengalaman kawan-kawan dan kawan punya kawan, vitamin-vitamin yang boleh membantu meningkatkan kesuburan kedua-dua pihak!

Wanita
Lelaki
Energizing Soy Protein 
(Untuk elokkan sel tubuh badan serta boleh melancarkan peredaran darah)
Energizing Soy Protein 
(Untuk elokkan sel tubuh badan serta boleh melancarkan peredaran darah)

Vitalea
(untuk sumber lengkap vitamin dan mineral bagi menjamin kesihatan)
Vitalea
(untuk sumber lengkap vitamin dan mineral bagi menjamin kesihatan)

B-Complex
(kurangkan tekanan).  
Maklumat Lanjut:  Klik sini!

B-Complex
(kurangkan tekanan).  


Sustained Release Vitamin C
(ketahanan terhadap jangkitan penyakit serta kulit cantik malah membentuk kolagen penting)
Sustained Release Vitamin C
(ketahanan terhadap jangkitan penyakit serta kulit cantik)

Alfalfa
(kesihatan wanita, kurangkan keputihan - hanya pilihan terutama yang sakit bila bersama)
Vitamin E
(kesihatan jantung)
GLA
(jika senggugut atau haid tidak tetap.  Juga baik untuk kecantikan kulit)

Zinc
(melindungi prostat)

Bagi pesakit yang thalasemia tak perlu ambil vitalea.

Apa pun , kita hanya merancang dan usaha, serahkan pada Tuhan Yang Satu.  Ada juga yang tidak mampu mengandung, hanya kerana kedudukan rahim yang sendeng atau jua tinggi.  Biasanya, ini boleh dibantu dengan perawatan tradisi.  (juga boleh hubungi saya!!!)

Selamat Berusaha & Mencuba.

Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan konsultansi percuma, hubungi saya: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Add